Saturday, September 18, 2010

Aidilfitri Reunion!!!



Salam Aidilfitri!!!.Alhamdulillah,meriah juga sambutan raya kali ini. Terima kasih diucapkan kepada rakan2 yang sudi menyambut hari raya bersama rakan2 yg lain. Pada mulanya bercadang untuk beraya ke Sipitang, namun masa tidak mengizinkan. Lagipun sebahagian daripada rakan2 agak sibuk pada raya ke-4. Namun agak mengecewakan sedikit kerana tidak berkesempatan untuk berkunjung ke rumah Madam Rosmah & Sir Mahmud. Insya Allah, next time kami datang. Rumah Abdul Razif merupakan rumah pertama kami kunjung dan di sanalah kami berkumpul sebelum memulakan lawatan ke Kampung Benoni. Rumah ke-2 yang kami kunjungi adalah rumah Ag Juhari, Ketua Kelas 5 Ibnu Sina. Kali ini beliau tidak dapat bersama-sama menjayakan lawatan raya ini. Nmaun itu bukan penghalang untuk kami singgah sebentar di rumah si kembar,Farhanah & Fairuz, Masih ada yang tidak dapat mengecam wajah si kembar ini. almaklumlah, kembar seiras la katakan. Kemudian kami meneruskan rentak perjalanan kami ke rumah Cikgu Afizah biarpun tidak semua dapat turut serta bertandang ke teratak ayahanda Cikgu Afizah. Seterusnya kami melawat rumah rakan lama kami, Ag. Mohd Ridhwan, yang kini semakin nampak perubahan positifnya.Kami meneruskan lawatan ke rumah kepada abg Cikgu Aisha di Kg Andus. Agak terkilan sedikit kerana tidak berkesempatan melihat majlis pernikahan cikgu kesayangan kami. Tasha, Azizah & Firdaus tidak dapat meneruskan sesi lawatan raya. Namun, rakan-rakan yang lain tetap terus bersemangat untuk meneruskan lawatan ke rumah Dg. Norain A.D.  Kini kami beralih ke rumah ya ng ke-8. hahaha... siapakah yang bertuah? Dilahirkan di Bongawan Sabah dan kini menyambung pengajian di Universiti Malaysia sabah (UMS). hahaha, masing2 sudah dapat meneka. Tidak lain dan tidak bukan Suhella Sanain. Dan rumah terakhir yang kami lawati ialah rumah Noremma Nyiu di Sipitang. sepanjang perjalanan ke Sipitang, kami saling bertukar pendapat, berkongsi masalah, dan cerita pengalaman di tempat pengajian masing2.

Biarpun tidak semua yang dapat beraya bersama untuk raya tahun ini, tidak mengapa, kami faham situasi anda yang sibuk dengan pelajaran dan kerjaya serta keluarga masing2. Insya Allah tahun depan kita adakan lagi. Semoga ukhuwah kita ini berkekalan ke akhir hayat. Setakat itu dari Alumni Ibnu Sina 0307. Terima kasih.

2 comments:

  1. uinaaaa,,,bez bha kita jln2 tu kn,,,,eya,,mudah2an kta smua kkal hbgn hngga hjung nywa,,,^.~ amin.

    ReplyDelete